Dengan adanya Irfan Bakti yang mempunyai pengalaman yang baik, pasukan Red Giants mungkin mampu memberikan saingan hebat dalam liga musim ini.
2011 bukanlah tahun yang baik buat Selangor selepas mereka gagal menjulang sebarang piala musim lepas. Perkara itu juga telah memaksa pengurus, K.Devan untuk meletakkan jawatan. Tempatnya kini diambil alih oleh P.Maniam.
Sebagai langkah selamat bagi pasukan Selangor, Irfan Bakti telah dilantik sebagai pengurus baru Selangor.
Antara masalah Selangor pada musim lalu adalah penjaga gol yang tidak konsisten. Oleh itu bagi musim baru ini Selangor telah mendapatkan khidmat penjaga gol baru, G.Jeevanathan dari USM FC dan juga Norazlan Razali dari Kuala Lumpur.
Irfan mungkin agak kurang bimbang dengan barisan tengah kerana kelihatannya pemain tengah mereka berkualiti tinggi. Antaranya adalah Safiq Rahim, Gurusamy dan Bunyamin.
Bahagian sayap kekal dengan Amirulhadi.
Lelo Mbelo pemain import Selangor yang baru pulih dari kecederaan akan memantapkan bahagian serangan Selangor dan kapten Amri Yahyah dikatakan akan tetap menjadi tunggak utama pasukan.
Dengan adanya Irfan Bakti yang mempunyai pengalaman yang baik, pasukan Red Giants mungkin mampu memberikan saingan hebat dalam liga musim ini.
Pengurus: Datuk Mokhtar Ahmad
Jurulatih: Irfan Bakti
Senarai Pemain:
1. G.Jeevanthan
2. Norazlan Razali
3. Fairul Azwan
4. Asrarudin Putra Omar
5. Razman Roslan
6. Nasriq Baharom
7. P.Gunalan
8. Ramez Dayoub (Lebanon)
9. Hasmarul Fadzir
10. Safiq Rahim
11. Amirul Hadi
12. Bunyamin Omar
13. Azidan Sarudin
14. Fitri Shazwan
15. Solihin Kanasian
16. Khairul Anuar Khalid
17. Fazilidin Khalid
18. Adib Aizudin
19. Amri Yahya
20. R. Surendren
21. Fairul Asyraf Sayuti
22. Wan Hoesne Wan Hussain
23. K. Gurusamy
24. Lelo Mbele (DR Congo)