Irfan Bakti kecewa dengan Safiq

Written By Team Selangor on Khamis, 19 Januari 2012 | 3:22 PG


Irfan Bakti kecewa dengan SafiqSafiq Rahim telah diberitahu untuk bangkit oleh Irfan Bakti untuk Liga Super musim depan.
Kapten pasukan kebangsaan Safiq Rahim telah diberitahu untuk bangkit oleh Irfan Bakti untuk Liga Super musim depan.

Irfan Bakti dikatakan kurang berpuas hati dengan persembahan Safiq pada perlawanan pra-musim dan jurulatih veteran itu turut mengambil kira untuk merehatkan pemain tengah itu.

"Safiq seorang pemain yang baik tetapi dia mesti menunjukkan kemahuan untuk maju ke hadapan dan turut membantu di bahagian pertahanan," kata Irfan Bakti.


"Saya mahu sesuatu yang lebih dari Safiq musim ini. Dia harus berusaha lagi di kotak penalti. Saya akan memerhatikan peningkatannya sebelum membuat keputusan."

Safiq gagal memberikan yang terbaik pada musim lepas dan telah dikritik kerana memberikan persembahan dengan separuh hati.

Pemain itu pada mulanya ragu-ragu untuk menandatangani kontrak baru selepas kontrak tiga tahunnya tamat pada November tetapi selepas itu telah bersetuju untuk memperbaharui kontrak.

Irfan tidak akan ragu ragu untuk merehatkan Safiq kerana beliau masih mempunyai pilihan lain. Antaranya adalah K Gurusamy, Azidan Sarudin, Bunyamin Umar, Fitri Shazwann, Solihin Kanasian, Fazilidin Khalid dan Adib Aizduddin.

Safiq pula berkata beliau tidak kisah jika dikecualikan dari pasukan utama.
"Tiada siapa yang punyai kelebihan. Jika jurulatih tidak berpuas hati jadi saya harus cuba lagi untuk meningkatkan persembahan untuk mendapatkan tempat dalam pasukan utama.

"Tiada bintang dalam pasukan Selangor dan saya sedar bahawa saya harus bekerja keras," kata Safiq.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Team Selangor - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger