Masalah serangan Selangor selesai

Written By Team Selangor on Isnin, 6 Februari 2012 | 2:36 PG


Masalah serangan Selangor selesaiAmri Yahyah menyambut baik kehadiran bekas penyerang Croatia, Bosko Balaban bagi menyelesaikan masalah ketiadaan ‘penyerang tulen' yang dihadapi Selangor.

Malah kelibat bekas pemain Aston Villa dan Dinamo Zagreb itu diharapkan mampu membantu Merah Kuning melayan kunjungan kelab negara jiran, LionsXII di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Rabu ini sekiranya segala urusan pendaftaran selesai.


"Saya sememangnya bersyukur dan berharap kehadirannya membantu kami di jentera serangan terutamanya menentang LionsXII yang mirip kepada skuad kebangsaan Singapura, musuh tradisi Selangor dalam kancah bola sepak tempatan dulu," katanya yang turut tewas dalam pertemuan Piala Sultan Selangor bertemu Singapura pada tahun lalu.

Aksi Balaban yang berusia 34 tahun itu mendapat perhatian pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim walaupun turun tidak sampai sejam ketika aksi persahabatan menentang skuad Olimpik baru-baru ini.

Andainya dapat menurunkan Balaban, Selangor masih belum mampu menurunkan barisan terkuatnya apabila tonggak pertahanan importnya, Ramez Dayoub digantung satu perlawanan.

"Namun kemenangan ke atas T-Team pada perlawanan terakhir itu sangat membantu moral dan semangat kami untuk meneruskan cemerlang," katanya.- BH
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Team Selangor - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger