PERSEMBAHAN yang tidak konsisten pada awal musim nyata tidak menggusarkan pemain tengah Selangor, Azidan Sarudin yang menganggap perjalanan liga masih jauh dan The Red Giants mampu bangkit menggapai sasaran.
Menurutnya, masih terlalu awal untuk membuat andaian konon Selangor kini sudah hilang taring kerana barisan pemain telah menunjukkan peningkatan berkualiti dalam setiap perlawanan.
“Kita akui memang persembahan awal musim agak terumbang-ambing namun masalah itu telah diatasi oleh pemain. Fokus kami kini untuk menjulang sekurang-kurangnya satu piala pada tahun ini. Di bawah kendalian jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim kami yakin akan mampu melaksanakanya,” katanya.
Menyokong penuh usaha pengurusan pasukan membawa masuk penyerang import dari Croatia, Bosko Balaban, Azidan menyifatkan itu adalah langkah yang tepat untuk mempertajamkan jentera serangan.
“Berdasarkan beberapa perlawanan sebelum ini, kita akui gerakan penyudah agak kurang berkesan hinga menyebabkan kita keciciran mata namun penampilan sulungnya ketika menentang Kelantan pada 14 Februari lalu merubah segalanya dan rekod tanpa kalah Kelantan juga lebur. Selangor seperti mendapat nafas baru dengan kemasukan Balaban,” katanya.
“Kepakaran dan pengalaman yang ada padanya sudah tentu akan membantu jentera serangan untuk menghadirkan ancaman kepada pihak lawan setiap kali turun beraksi,” katanya lagi.
Azidan berharap pengalaman yangdikumpulnya selama ini dapat diterjemahkan dalam setiap perlawanan dan seterusnya mencapai impian pasukan.
“Setiap kali diturunkan bermain, saya akan memberikan komitmen 100 peratus bagi memastikan persembahan sentiasa berada pada tahap terbaik.
“Keyakinan menjuarai sekurangkurangnya
satu piala buat pasukan diharap menjadi kenyataan dan tidakmustahil kita mampu melepasi sasaran
berkenaan jika dilihat pada prestasi
yang semakin meningkat,” katanya.
-sinar-