Selangor mesti tewaskan KL

Written By Team Selangor on Jumaat, 16 Mac 2012 | 1:55 PG


Selangor mesti tewaskan KL
Irfan Bakti Abu Salim akhirnya merasa ‘bahang' mengendalikan pasukan yang penuh bersejarah dalam kancah bola sepak tempatan itu.

Selepas hampir setengah musim mengetuai cabaran Selangor, Irfan Bakti Abu Salim akhirnya merasa ‘bahang' mengendalikan pasukan yang penuh bersejarah dalam kancah bola sepak tempatan itu.

Selain tersingkir seawal pusingan kedua dalam kancah Piala FA, Selangor turut mempamerkan prestasi tidak menentu dalam aksi Liga Super dengan kini berada di tangga kelapan dengan mengutip 12 mata selepas mengharungi sembilan perlawanan.

"Saya tidak pernah tertekan seperti ini ketika membimbing Telekom Melaka, Perlis dan Terengganu sebelum ini. Ini tekanan yang amat berat bagi saya.

Tiada apa yang saya harapkan kepada pemain apabila menentang Kuala Lumpur (malam esok) kecuali kemenangan," kata pengendali berusia 61 tahun itu.

Katanya, Selangor perlu mencatatkan kemenangan ke atas pasukan terbawah Liga Super itu bagi memastikan mereka tidak lagi tewas kepada pasukan yang berada di kedudukan bawah liga seperti Felda United, PKNS FC dan Kedah.

"Pemain kena fokus sehingga saat terakhir, tidak boleh leka. Saya juga melihat Kuala Lumpur mempamerkan prestasi yang meningkat sejak kebelakangan ini, jadi kami perlu berwaspada.

Perhubungan di kalangan pemain juga baik termasuk dengan penjaga gol (Norazlan Razali)," katanya merujuk kekecewaan disingkirkan Johor FC yang disifatkan berpunca daripada penjaga golnya itu.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Team Selangor - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger