Irfan berkata, perlawanan malam ini, dijangka sengit memandangkan kedua-dua pasukan memiliki kelebihan, tambahan masing-masing sudah masak dengan corak permainan antara satu sama lain.
Justeru itu katanya, pemain perlu membuktikan mereka lebih baik meskipun pengendali Sang Lebah, K Devan lebih mengenali setiap kekuatan dan kelemahan bekas juara Liga Super 2010 itu.
Pada masa, Irfan mahu pemain segera melupakan kekalahan kepada Kedah pada aksi Liga Super minggu lalu dan fokus pada aksi Piala FA.
“Lupakan kekalahan lalu, perlawanan ini berlangsung sekali sahaja, mahu atau tidak. Selangor perlu menang untuk ke suku akhir.
“Walaupun di atas kertas kedudukan Selangor tidak begitu baik, tetapi lebih penting pemain fokus dan tetapkan pendirian untuk kemenangan ke atas Johor FC,” katanya.
Tegas Irfan, apa yang penting anak buahnya kekal konsisten dan elak daripada ‘menghadiahkan’ sepakan penalti kepada lawan yang akan menambah sukar untuk meraih kemenangan.
Sumber: Sinar Harian ditulis oleh Siti Zubaidah Mat Isa


