MAHALLI WAKILI SELANGOR MUSIM DEPAN

Written By Team Selangor on Ahad, 28 Oktober 2012 | 11:34 PTG


PEMAIN pertahanan kanan Harimau Muda, A Mahalli Jasuli mengesahkan bahawa beliau akan menyarung jersi pasukan Selangor bermula musim depan kerana telah melebihi had umur untuk bermain dengan pasukan  remaja kebangsaan itu.

Skuad Harimau Muda A terdiri daripada pemain berusia 23 tahun dan ke bawah yang dikendalikan oleh Ong Kim Swee.

Anak jati Selayang Baru, Selangor berusia 23 tahun itu berkata, beliau memilih untuk bermain bersama skuad Merah Kuning musim depan kerana pernah mewakili skuad bawah 19 tahun Selangor pada zaman remaja.

"Saya telah lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh pegawai dari Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) pada minggu lepas dan bakal menandatangani kontrak dalam tempoh terdekat," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau merupakan pemain kedua yang mengesahkan untuk bermain dengan pasukan juara 32 kali Piala Malaysia itu selepas pemain tengah Negeri Sembilan S. Kunalan menyatakan hasrat yang sama semalam.    "Saya bertekad untuk membantu mereka (Selangor) memenangi sekurang-kurangnya satu piala pada musim depan kerana mereka masih gagal mengecapi sebarang piala sejak beberapa tahun lepas," katanya.

-bernama-
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Team Selangor - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger