SELANGOR 2-1 TERENGGANU

Written By Team Selangor on Selasa, 15 Januari 2013 | 8:25 PG


#foto:Dunia Sukan | Ahmad Ridhuan


Pasukan terengganu bermula garang dengan mengasak benteng pertahanan selangor dan hampir menjaringkan gol menerusi cubaan menarik penyerang import, Effa Owana namun tandukan lemahnya berjaya didakap kemas penjaga gol selangor, Sharbinee Alawee.

Tersentak dengan serangan agresif tuan rumah, kem kendalian Irfan Bakti Abu Salim cuba bangkit mengatur serangan balas dan berjaya menundukkan penjaga gawang Terengganu menerusi jaringan yang dilakukan, S Kunalan hasil hantaran penyerang import Liberia, Francis Forkey Doe pada minit ke-6 perlawanan.

Namun kealpaan benteng pertahanan tuan rumah sekali lagi terhukum apabila pemain tengah pelawat, Mohd Amri Yahyah bijak memanfaatkan peluang menerusi cubaannya dari luar kotak penalti terus menerjah gawang bagi memastikan pasukan Selangor terus berada di depan dengan dua jaringan.

Bagaimanapun pasukan terengganu tidak menunggu lama untuk merapatkan kedudukan apabila Effa Owona bijak memanfaatkan peluang ekoran kekalutan di depan gawang gol

Dua minit selepas itu, pasukan terengganu yang berjaya mengasak benteng pertahanan pelawat hampir mengikat kedudukan, namun usaha pemain sayap kiri, Ashaari Shamsuddin gagal disempurnakan dengan baik apabila penjaga gawang Selangor berjaya menampan keluar bola tersebut.

Keputusan akhir selangor menang dengan jaringan dua gol berbalas satu.Perlawanan seterusnya,selangor akan bertemu pahang di shah alam 19/1/2013 jam 8.45 mlm.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Team Selangor - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger