SELANGOR BERJAYA ATASI N.SEMBILAN

Written By Team Selangor on Selasa, 8 Januari 2013 | 9:53 PG


S.Kunalan berjaya melepasi pemain negeri sembilan (fauzie nan) pada perlawanan malam tadi

SELANGOR memulakan kempen Liga Super 2013 dengan penuh bergaya apabila mengatasi Negeri Sembilan 1-0 di Stadium Shah Alam, malam ini.

Pasukan Merah Kuning yang membariskan beberapa pemain kebangsaan melancarkan percubaan namun  berjaya dipatahkan benteng yang pertahanan pelawat.

Menurut Irfan, kejayaan mengutip tiga mata berharga tersebut sangat penting bagi menghadapi dua perlawanan seterusnya di gelanggang lawan nanti.

Pada perlawanan itu, Negeri Sembilan memiliki peluang keemasan menghasilkan jaringan pada minit 23 menerusi Emmanuel Deporas yang mendapat umpanan cantik daripada Eddy Helmi Manan,  tetapi kegopohan beliau menyelamatkan seketika gawang gol Selangor.

Tiada sebarang jaringan terhasil daripada kedua-dua pasukan sehingga permainan separuh masa pertama ditamatkan.

Bersambung babak kedua, tempoh permainan agak pantas dan kedua pasukan saling mengasak dan berbalas serangan.

Suasana stadium yang dihadiri kira-kira 5,000 penonton bergema seketika apabila S Kunanlan menjaringkan gol hasil hantaran Amri Yahyah.

Bekas pemain sayap skuad Rusa itu mudah menewaskan Hamsani Ahmad minit ke-68 sekali gus gol tunggal perlawanan.

Bagi Selangor, kemenangan ini pasti menyenangkan Irfan Bakti Abu Sali yang mahu mencatat keputusaan positif  saingan pembukaan di laman sendiri musim ini.

-HIGHLIGHT PERLAWANAN-
http://teamselangor.blogspot.com/2013/01/selangor-vs-nsembilan.html

-SINAR-
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Team Selangor - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger