SELANGOR LEBURKAN REKOD PAHANG

Written By Team Selangor on Sabtu, 19 Januari 2013 | 7:27 PTG

Ramzul meraikan jaringan kemenangan | foto: dunia sukan

SELANGOR sekali lagi berjaya mencatatkan kemenangan di laman sendiri apabila menewaskan pasukan pahang dengan jaringan 3-2 pada saingan liga super musim ini.Ia sekali gus meleburkan rekod tanpa kalah pahang pada musim ini.

Pada perlawanan itu pasukan selangor bermula garang apabila bola umpanan solihin kanasian berjaya disambut amri yahyah untuk menjaringkan gol pertama pasukan selangor pada minit ke-3 permainan.

Pasukan selangor sekali lagi bejaya menjaringkan gol menerusi amri yahyah hasi gerakkan menarik amri,forkey doe dan raimi md nor sekali gus menjadikan kedudukan manjadi 2-0 di hadapan pahang pada minit ke-20

Belum sempat pasukan selangor meraikan jaringan kedua, pasukan pahang berjaya manjaringkaan satu gol menerusi tandukan dari Fauzi Roslan hasil umpanan R.Surendren dari luar kotak penalti pasukan selangor.

Pada minit ke-42 pasukan pahang sekali lagi berjaya menjaringkan satu gol untuk jaringan penyamaan menerusi bekas pemain pertahanan selangor,Razman roslan yang mudah menyempurkan sepakan penalti akibat kekasaran pemain gantian selangor Fairuz abd Aziz ke atas R.Surendren di dalam kotak penalti.

Memasuki babak kedua permainan pahang dilihat banyak menguasai bola di bahagian tengah padang dan mengatur serangan yang merbahaya untuk mendapatkan jaringan kemenangan.

Selepas 80 minit permainan,Pemain gantian selangor,Ramzul Zahini menjadi penyelamat pasukan selangor apabila menjaringkan gol kemenangan menerusi tandukannya pada minit ke-80 hasil umpanan dari shukur jusoh.

Keputusan akhir perlawanan selangor 3 pahang 2.Selangor membuat tiga petukaran pada perlawanan ini apabila memasukkan Fairuz abd aziz , Shukur jusoh dan Ramzul Zahini dengan menggantikan Bunyamin umar , K.Gurusamy dan Raimi md nor

Kemenangan itu sekali gus berjaya melonjakkan pasukan selangor ke tangga kedua di belakang pasukan pahang dalam saingan liga super 2013

-HIGHLIGHT PERLAWANAN-
MSL2013 - selangor 3-2 pahang
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Team Selangor - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger