
Aksi pada separuh masa pertama boleh dikatakan seimbang bagi kedua dua pasukan.
Pemain import baru Selangor Bosko Balaban memberikan serangan kepada Kelantan hampir keseluruhan separuh masa pertama perlawanan.
Pada lebih kurang minit ke-20 Balaban mendapat peluang menjaringkan gol tetapi terlepas.
10 minit selepas itu Shahrul Idlan membuat hantaran kemas kepada Indra Putra tetapi tandukan Indra berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Selangor.
Selangor kemudian diberikan sepakan percuma dan diambil oleh Bosko Balaban tetapi berjaya diselamatkan oleh Khairul Fahmi.
Beberapa minit sebelum waktu rehat, Norshahrul Idlan terlepas peluang menjaringkan gol dan dua minit selepas itu
Balaban mencuba gerakan solo menjaringkan gol tetapi berjaya ditendang keluar pertahanan Kelantan.
Separuh masa kedua dimulakan dengan markah 0-0 tetapi Selangor tidak menunggu lama apabila pemain tengah Selangor, Safiq Rahim merembat gol masuk dan meletakkan Selangor 1-0 di hadapan pada minit ke-46.
Nwoha pemain import baru Kelantan kemudian menggantikan Nurul Azwa.
Petahanan Kelantan kelihatan agak goyah dan seterusnya tendangan Nwoha hanya meleret ke tepi gol, peluang keemasan Kelantan setakat ini pada minit ke-50.
Sepakan percuma Badri Radzi tidak berjaya selepas tendangannya melencong.
Indra Putra terus mengasak dan Badri Radzi menendang tepat tetapi berjaya diselamatkan penjaga gol Selangor.
Selangor berjaya menjaringkan gol kedua mereka menerusi pergerakan mantap Bosko Balaban yang mengambil peluang sepenuhnya ke atas kelemahan pertahanan Kelantan.
Percubaan Kelantan kelihatan kurang menjadi dengan barisan pertahanan Selangor yang mantap menafikan segala peluang yang dimiliki Kelantan.
Perlawanan berakhir dengan keputusan 2-1 apabila Kelantan menjaringkan gol saguhati oleh Subramaniam pada masa penamat.