KUALA LUMPUR, (Arena.my) - Jurulatih Selangor, Irfan Bakti mahu pemainnya segera mengubah sikap jangan memandang rendah dengan kemampuan pasukan lain selepas dihukum dalam dua perlawanan terdahulu.Bagi Irfan tiada apa yang perlu di persoal berkait prestasi semasa anak buahnya setakat ini. Sebaliknya sikap pemain yang gagal menghormati pihak lawan menyaksikan Selangor kini merana menghuni tangga kelapan di saingan liga.
Apa yang di mahukan pengendali berdarah Kelantan ini agar sikap itu segera di ubah sekira tidak mahu hal yang sama berulang menentang Kuala Lumpur.
Dengan kedudukan penjaga gol Norazlan Razali masih menjadi tanda tanya menentang Kuala Lumpur, Irfan melahirkan keyakinan, penjaga gol simpanan G. Jeevananthan mampu menggalas tanggungjawab itu.
Pastinya saingan sengit apabila Selangor turun menentang Kuala Lumpur dalam pertembungan Lembah Klang Sabtu ini.
DARI~ ASTRO ARENA


