LIGA SUPER : SABAH 1 - 1 SELANGOR

Written By Team Selangor on Sabtu, 31 Mac 2012 | 8:22 PG


 SELANGOR mencatat keputusan seri kali kedua berturut-turut selepas seri 1-1 dengan Sabah pada aksi ke-12 Liga Super di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam tadi.

Skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu turut terikat 1-1 dengan Lions XII di Stadium Jalan Besar, 20 Mac lalu.

Pada aksi malam tadi, Selangor ketinggalan seawal minit ketiga selepas salah faham penjaga gol, G Jeevananthan dan pemain pertahanan, Razman Roslan untuk mengeluarkan hantaran lintang Shahrul Azhar Ture dimanfaatkan penyerang Sabah, Michael Baird dengan penyudah kemas.

Sabah hampir menggandakan kedudukan pada minit ke-20, mujur rembatan kencang Rozaimi Abd Rahman sekadar menggegar palang gol Selangor.

Peluang terbaik Selangor hadir pada minit ke-35 menerusi sepakan percuma Bosko Balaban yang sekadar menuju tiang gol Sabah.

Selangor akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-59 selepas hantaran lintang pemain gantian, Solihin Kanasian disudahkan dengan baik oleh P Gunalan.

Kedudukan 1-1 itu kekal hingga penghujung perlawanan untuk meletakkan Selangor kini di tangga keenam dengan 17 mata hasil empat menang, lima seri dan tiga tewas.

Selangor seterusnya bakal bertemu Terengganu di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, Sabtu ini.

faselangor.my
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Team Selangor - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger