
Bagi Irfan anak buahnya jelas mendominasi permainan menerusi beberapa peluang yang gagal di sempurnakan pemain import Bosko Balaban yang bergandingan dengan Amri Yahyah di bahagian depan.
Menganggap ia sebagai pertembungan yang cukup dramatik, Irfan mengharapkan anak buahnya mampu mencipta kejutan berdasarkan kepada corak permainan yang berpihak kepada Red Giant itu.
Tiada sebarang jaringan terhasil di babak pertama, anak buah V. Sundramoorty akhirnya terlebih dahulu memimpin permainan menerusi tandukan Sufian Annuar yang mendapat hantaran Safirul dari kiri padang.
Jaringan penyamaan barisan Irfan terhasil di minit 81 menerusi sepakan percuma Balaban yang gagal ditampan Khairul sekaligus menghancurkan hasrat The Lions mengutip tiga mata penuh di laman sendiri.
Lions XII kini melonjak ke tangga kedua Liga Super dengan 21 mata, manakala Selangor di kedudukan kelima dengan 16 mata. Sementara Kelantan terus meneraju takhta liga dengan 23 mata.
DARI ~ ASTRO ARENA