IRFAN PUAS HATI SUMBANGAN BALABAN

Written By Team Selangor on Khamis, 19 April 2012 | 6:28 PTG

Tomb Raider

PENYERANG import Selangor, Bosko Balaban pulang ke negara asalnya, Croatia malam tadi dengan penuh kepuasan apabila mempamerkan ketajaman menjaringkan lapan gol dalam hanya 10 aksinya bersama skuad Gergasi Merah itu sejak 14 Februari lalu.

Balaban, 34, yang pernah menyarung jersi Aston Villa dan Dinamo Zagreb, ditandatangani Selangor bagi menggantikan Lelo Mbele dari Congo yang langsung tidak beraksi satu perlawanan pun musim ini kerana gagal pulih daripada kecederaan panjang.

Jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim nyata berpuas hati dengan sumbangan dua gol Balaban ketika menewaskan Johor FC 2-0 pada aksi sulung di Stadium Shah Alam malam kelmarin, untuk Selangor kembali merampas tangga keempat Liga Super daripada Perak, hanya satu mata di belakang Terengganu.

"Dua gol ini adalah hadiah terbaik daripada Balaban sebelum dia pulang bercuti selama 10 hari ke Croatia (malam tadi) untuk berjumpa anaknya. Bagi pemain lain pula, saya beri rehat dua atau tiga hari sebelum kembali berlatih.

"Suasana dan keadaan padang cukup baik membolehkan pemain beraksi dengan baik. Alhamdulillah kami mendapatkan dua gol pada babak kedua biarpun dihidang banyak peluang. Sepatutnya kami menang besar," kata Irfan ketika ditemui selepas perlawanan.

Rehat tiga minggu sebelum perlawanan Liga Super seterusnya bertemu Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam, 8 Mei depan, bakal dimanfaat Selangor dengan aksi persahabatan menentang skuad kebangsaan Sri Lanka di gelanggang sama, 30 April ini.

Ditanya apakah yang masih kurang dalam skuadnya, Irfan berkata: "Disiplin di atas padang. Pemain perlu beri fokus sepanjang 90 minit permainan. Selepas mendahului 2-0, nampak sedikit kurang tumpuan. Itu saja."
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Team Selangor - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger