JANGAN GENTAR BERDEPAN BEKAS JURULATIH

Written By Team Selangor on Khamis, 12 April 2012 | 11:18 PTG

KUALA LUMPUR, (Arena.my) -Pemain tengah Selangor, Safiq Rahim mengharapkan senario terlalu menghormati bekas jurulatih mampu dikawal setiap pemain dengan menegaskan pertemuan dengan Johor FC adalah penting untuk The Red Giants memperbaiki kedudukan dalam liga.

Membayangkan situasi yang sama berlaku kepada Terengganu apabila berhadapan Irfan Bakti yang kini bersama Selangor, Safiq mengharapkan situasi yang sama tidak berulang apabila bertemu Johor FC yang di pimpin K. Devan ketika ini.
Kebimbangan itu mahu segera di tepis Safiq apatah lagi laluan Selangor di saingan Piala FA juga telah di sekat pasukan bekas jurulatih Selangor itu.

Bagi Safiq, kesilapan lalu perlu di perbetulkan dengan segera dan hanya tiga mata penuh menjadi penebus maruah sekaligus memperbaiki kedudukan Selangor yang kini berada di tangga ke-4 liga menerusi 13 perlawanan.
Untuk ketika ini Safiq sudahpun menyumbangkan empat jaringan peribadi dalam saingan liga

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Team Selangor - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger