FAS JALIN KERJASAMA DENGAN TOTTENHAM

Written By Team Selangor on Khamis, 12 April 2012 | 7:04 PTG


PERSATUAN Bola Sepak Selangor (FAS) akan menjalin kerjasama lebih erat dengan kelab Inggeris, Tottenham Hotspur dalam mencapai sasaran melahirkan pemain pelapis berkualiti.

Untuk itu, hasrat untuk melihat penjenamaan semula bola sepak Selangor itu akan menjadi realiti selepas kertas kerja dapat dibentangkan dengan mengambil pendekatan konsep menang-menang antara kedua-dua pihak.

"Kami akan mencari jalan untuk memperkembangkan penjenamaan Selangor bagi memberikan hasil terbaik kepada sukan bola sepak di negeri ini.

"Melalui konsep `menang-menang' ini, saya percaya Spurs dan FAS akan mendapat pulangan yang baik," kata Timbalan Presiden FAS, Datuk Mokhtar Ahmad pada sesi latihan skuad Piala Presiden di Padang SUK Shah Alam, semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran Football Focus Asia, Gavin O'Luanaigh berkata, dia yakin usaha membawa jurulatih dari Spurs ini dapat membantu peningkatan mutu bola sepak di negara ini.

"ASEAN satu lokasi yang sesuai untuk dikomersialkan seperti yang dapat dilihat pada pembabitan AirAsia dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Selepas ini, kami bercadang menubuhkan satu akademi bola sepak pada September ini. Ia diharap dapat membantu persatuan dan kelab, sekali gus menyumbang kepada peningkatan pasukan kebangsaan Malaysia," katanya.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Team Selangor - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger