SELANGOR 5 T-TEAM 0

Written By Team Selangor on Rabu, 20 Jun 2012 | 12:28 PTG



Selangor menewaskan T-Team 5-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Ini merupakan kemenangan ketiga berturut-turut Gergasi Merah selepas menewaskan Felda United dan Sarawak sebelum ini.

Kemenangan ini turut membolehkan Selangor mengukuhkan kedudukan di tangga ketiga liga selepas mengumpul 33 mata.

Anak-anak buah Irfan Bakti membuka jaringan menerusi sepakan penalti Safiq Rahim pada minit ke-6 selepas Solihin Kanasian dikasari pertahanan T-Team.

Kedua-dua pasukan memperolehi peluang di hadapan pintu gol sebelum Ramez Dayoub menambah gol kedua Selangor pada masa kecederaan separuh masa menerusi serangan balas pantas yang bermula dari kawasan sendiri.

Selangor terpaksa menunggu sehingga ke minit ke-63 sebelum penyerang import, Bosko Balaban menjaringkan gol ketiga pasukan.

Nasib T-Team bertambah malang apabila terpaksa bermain dengan 10 orang, lapan minit kemudian selepas Tengku Hasbullah Raja Hassan dilayangkan kad merah kerana mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengadil.

Pemain gantian R Surendren yang baru sahaja masuk menggantikan Bosko Balaban menambah jaringan pada minit ke-86.

Mohd Fitri Shazwan Raduwan melengkapkan malam gemilang Merah Kuning menerusi jaringan kelima pada penghujung babak permainan.

Selangor akan bertemu PKNS pada aksi seterusnya di Stadium Shah Alam, Selasa depan.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Team Selangor - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger