![]() |
| #foto:lensa ayid |
SELANGOR meraih tempat ketiga Liga Super selepas berjaya menewaskan Sabah 3-2 pada aksi di Stadium Shah Alam, malam tadi, sekali gus berjaya layak ke Piala AFC 2013.
Berbaki satu perlawanan menentang Terengganu di Kuala Terengganu Sabtu ini, Selangor dengan 43 mata sudah tidak mampu lagi dipintas tiga pencabar sebelum ini - Perak (39), Terengganu (38) dan Negeri Sembilan (37).
Perak tewas 1-2 kepada Kedah di Ipoh, Terengganu tumbang 0-2 di tangan Johor FC di Pasir Gudang manakala Negeri Sembilan sekadar seri 1-1 dengan Kuala Lumpur di Paroi.

Bagi Sabah pula, kekalahan kepada Selangor mengesahkan tempat mereka untuk aksi playoff apabila pasti menamatkan liga di tangga kedua tercorot di atas Kuala Lumpur, sekali gus kedua-dua pasukan tidak layak ke Piala Malaysia musim ini.
Pada aksi di Shah Alam malam tadi, Selangor mendahului 1-0 menerusi tandukan kapten Amri Yahyah pada minit ke-15 menewaskan penjaga gol Sabah, Syed Adney Syed Hussein.
Solihin Kanasian melebarkan kedudukan apabila pantas menolak masuk gol kedua Selangor pada minit ke-29 selepas menerima hantaran kemas Safiq Rahim dari tengah padang.
Bersambung babak kedua, Selangor terus garang dengan menambah gol ketiga hasil lambungan cantik Bosko Balaban yang memperdayakan Syed Adney pada minit ke-47.
Namun Selangor sedikit leka pada baki 10 minit terakhir apabila membenarkan Sabah memperolehi dua gol.
Rembatan Jufrey Omopor berjaya dikuis sedikit Brendan Gan untuk menewaskan penjaga gol Selangor, Norazlan Razali pada minit ke-84, menjadikan kedudukan 3-1.
Sabah mendapat gol kedua pada minit ke-88, apabila dihadiahkan sepakan penalti selepas Asraruddin Putra Omar menjatuhkan Shahrudin Yakub. Sepakan pertama Rozaimi Abd Rahman ditepis Norazlan, namun sepakan susulannya berjaya menerjah jaring.
Hasrat Sabah mencari gol penyamaan tidak kesampaian sehingga wisel penamat ditiup pengadil, Nagor Amir Noor Mohamad.