SELANGOR TERUSKAN MiSI 33

Written By Team Selangor on Sabtu, 15 September 2012 | 5:13 PG

#foto : lensa ayid

Dua gol Amri Yahyah menjadi inspirasi kepada Selangor melangkah ke suku akhir selepas mencatatkan kemenangan selesa 2-0 ke atas Sarawak di Stadium Shah Alam.

Dengan kemenangan itu, misi 33 Selangor dalam kempen Piala Malaysia masih lagi bernyala apabila muncul juara Kumpulan D walaupun mempamerkan aksi kurang meyakinkan pada separuh masa pertama.

Walaupun berdepan dengan tugas perit untuk mencipta kejutan, pelawat sebaliknya lebih berani membuat asakan ke pintu gol lawan dengan beberapa siri percubaan jarak jauh selepas Red Giants gagal menghasilkan gerakan kreatif dan tersekat di kawasan tengah.

Selangor memulakan babak kedua dengan percubaan Rozami Abd Rahman yang melewati palang gol walaupun pada awalnya membiarkan Sarawak untuk mengasak.

Kemasukan Fitri Shazwan memberi nafas baru kepada tuan rumah dibahagian tengah menerusi larian pantas dan kerajinannya mencari bola.

Tempo permainan pantas berubah selepas Amri dengan tenang mengutip umpanan jauh Bunyamin Umar untuk menggegar pintu gol lawan pada minit ke-67.

Tujuh minit kemudian, Amri sekali lagi menjadi pemusnah apabila berjaya melepasi perangkap ofsaid untuk gol kedua.

Pada akhir permainan, para pemain Sarawak telah menghadiahkan jersi mereka kepada para peminat mereka yang tetap hadir memberi sokongan tidak berbelah bahagi sepanjang perlawanan.

-astro arena-
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Team Selangor - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger