
JURULATIH Selangor, Irfan Bakti tidak gusar dengan kebangkitan Sarawak yang membelasah T-Team 6-1, pada perlawanan keempat Piala Malaysia, minggu lalu lapor NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH.
Sebaliknya beliau melaungkan keyakinan bahawa anak buahnya mampu menyekat kemaraan Bujang Senang dalam perlawanan terakhir Kumpulan D di Stadium Shah Alam, malam ini.
“Sarawak menang di tempat sendiri. Mereka menentang pasukan yang tidak memberi saingan sengit. Tidak hairanlah mengapa mereka boleh mencatat kemenangan besar.
“Jadi, ia langsung tidak memberi kebimbangan kepada saya. Apa yang saya tahu tiada laluan mudah akan diberikan kepada anak buah Robert Alberts untuk mencatat kemenangan,” kata Irfan ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
-sinar-