SELANGOR SERTAI PIALA AFC 2013

Written By Team Selangor on Jumaat, 7 Disember 2012 | 6:39 PG

 Senarai kumpulan dan Pasukan yang layak pada Piala AFC 2013.
Pasukan Selangor telah pun mengesahkan penyertaannya di piala AFC 2013 bersama satu lagi wakil negara iaitu pasukan kelantan pada tahun depan.

Semalam telah berlangsungnya Undian Piala AFC 2013 melibatkan 16 Pasukan di Asia di Ibu Negara,Kuala Lumpur.Menerusi undian yang telah dijalankan , Pasukan Selangor akan bersaing dalam Kumpulan H bersama Tampines Rovers ( Singapura), East Bengal (India) dan Saigon Xuan Thanh (Vietnam).

Bagi menghadapi piala AFC tahun depan , Hamidin berkata 'Pasukan Selangor akan  berusaha untuk mencari dua pemain import yang terbaik untuk memantapkan pasukan dan memberi cabaran kepada pasukan yang bertanding'.

Pada Piala AFC 2013 tahun depan Pasukan Selangor telah membuat sasaran awal untuk melepasi peringkat kumpulan sebelum memikirkan untuk melepasi halangan seterusnya.

Pasukan Selangor akan memulakan cabaran dengan menentang Pasukan East Bengal pada 6 Mac tahun depan.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Team Selangor - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger