SELANGOR HADAPI LALUAN SUKAR

Written By Team Selangor on Isnin, 10 Disember 2012 | 9:42 PTG


JUARA lima kali Piala FA, Selangor berdepan tugas getir pada pusingan pertama Piala FA 2013 selepas diundi bertemu juara Liga Perdana musim ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pada 25 Januari depan.

Bagaimanapun pengendalinya, Irfan Bkti Abu Salim Salim tidak menganggap ia sebagai bebanan malah berkata, pasukannya sudah bersedia menghadapi saingan kalah mati itu.

"Mahu atau tidak, kami perlu berjumpa dengan sesiapa sahaja dalam pertandingan ini," katanya.

Ketika diminta mengulas undian Piala FA kelmarin, Irfan berkata: "Jika dilihat pasukan yang berada dalam kelompok sama dengan Selangor (Kelantan, PKNS FC, Lions XII, Sarawak, Melaka, Preach khan Reach dan Pulau Pinang PBAPP FC) semuanya mempunyai kekuatan tersendiri. Saingan pasti sukar, tapi saya tetap positif".

-SINAR-
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Team Selangor - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger