SELANGOR TETAP JALANI LATIHAN

Written By Team Selangor on Ahad, 23 Jun 2013 | 2:01 PG


SELANGOR tetap meneruskan latihan seperti biasa, meskipun sedia maklum mengenai tahap pencemaran udara (jerebu) yang melanda negeri itu sekarang.

Jurulatihnya Irfan Bakti Abu Salim berkata, latihan tetap perlu diteruskan kerana pasukan perlu menghadapi baki tiga lagi perlawanan Liga Super.

“Tiada apa yang boleh dibuat. Kami tetap perlu meneruskan latihan. Cuma pemain dinasihatkan terus pulang ke rumah selepas tamat sesi latihan selain banyakkan minum air,” katanya semalam.

Sementara itu, pertemuan menentang PKNS FC, malam ini di Stadium Shah Alam, Red Giants tiada pilihan selain cipta kemenangan.

“Selangor wajib menang pertemuan ini bagi memastikan matlamat kita untuk menamatkan saingan  dalam kelompok tiga pasukan terbaik liga tercapai," katanya.

Red Giants kini menghuni tangga keempat liga, berkongsi 33 mata dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selepas berjaya menewaskan pasukan atm dengan jaringan 2 - 1

-SinarHarian-
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Team Selangor - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger