SELANGOR 0 KELANTAN 1

Written By Team Selangor on Sabtu, 30 Jun 2012 | 12:16 PG





Selangor gagal meneruskan rentak kemenangan selepas tewas 0-1 kepada Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.

Selangor tidak dapat menurunkan pemain tengah kebangsaan K Gurusamy akibat kecederaan dan pertahanan P Gunalan yang digantung selepas mengutip 3 kad kuning.

Pasukan pelawat yang hadir dengan rekod cemerlang empat kemenangan berturut-turut bagaimanapun mendapati pasukan Kelantan begitu utuh di gelanggang sendiri.

Biarpun terpaksa melupakan khidmat ketua pasukan, Mohd Badhri Radzi yang terpaksa diusung keluar akibat kecederaan di awal permainan, pemain yang menggantikannya Mohammed Ghaddar meletakkan Kelantan di hadapan apabila menanduk masuk sepakan sudut pada minit ke-25.

Gol tersebut memberi semangat buat Kelantan namun Ghaddar terutamanya gagal menyempurnakan beberapa kesempatan terbaik menambah jaringan.

Pemain Kelantan, Indra Putra Mahayuddin turut memperolehi kesempatan terbaik apabila rembatan derasnya dari luar kotak penalti menuju ke sudut gol Selangor sebelum penjaga gol Norazlan Razali sempat menguis bola tersebut ke palang sebelum melantun keluar.

Gandingan penyerang Selangor, Bosko Balaban dan Amri Yahyah buntu untuk mengatasi pertahanan tuan rumah Obinna Nwaneri dan Rizal Fahmi Rosid sebelum Ramez Dayoub hampir menyamakan kedudukan di hujung babak perlawanan namun sepakannya selepas menerima hantaran Safiq Rahim gagal menemui sasaran.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Team Selangor - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger