TERENGGANU 3 SELANGOR 0

Written By Team Selangor on Ahad, 15 Julai 2012 | 4:28 PG


SELANGOR tewas 0-3 kepada Terengganu pada aksi terakhir Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.

Namun kekalahan itu tidak menjejaskan kedudukan Selangor selaku pemenang tempat ketiga Liga Super musim ini dengan 43 mata, di belakang juara Kelantan (60 mata) dan naib juara Lions XII (50 mata).

Terengganu pula menamatkan saingan di tempat kelima dengan 41 mata, satu mata kurang di belakang pasukan tempat keempat, Perak.

Pada aksi malam tadi, jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim hanya menurunkan barisan kedua tanpa beberapa tonggak utama seperti Norazlan Razali, Ramez Dayoub, P Gunalan, Bunyamin Umar dan Fitri Shazwan Raduwan.

Terengganu mendahului 1-0 seawal minit kelapan menerusi rembatan cantik Francis Forkey Doe dari luar kotak penalti menewaskan Fairul Azwan Shahrullai.

Skuad kendalian Peter Butler itu terus selesa, kali ini kesilapan Nasriq Baharom yang cuba membuat hantaran pendek kepada Fairul disambar Forkey Doe yang mudah menolak masuk gol kedua Terengganu pada minit ke-41.

Hanya tiga minit selepas babak kedua bersambung, gol ketiga Terengganu terhasil menerusi rembatan jarak jauh Ahmad Nordin Alias yang terbias sedikit terkena kepala Hasmarul Fadzir Hassan, sekali gus mengelirukan Fairul.

Fairul terpaksa dikeluarkan pada minit ke-67 akibat kecederaan bahu dan digantikan oleh G Jeevananthan.

Biarpun kedua-dua dihidang beberapa peluang selepas itu, tiada tambahan gol terhasil menjadikan kedudukan 3-0 itu kekal sehingga wisel penamat.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Team Selangor - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger