NAZA PENAJA UTAMA PIALA SULTAN SELANGOR

Written By Team Selangor on Sabtu, 8 September 2012 | 9:57 PG


KLANG, (Bernama) - Jawatankuasa penganjur Piala Sultan Selangor hari ini menerima tajaan sebanyak RM300,000 dari Kumpulan Syarikat Naza, selaku penaja utama kejohanan bola sepak itu yang akan diadakan di Stadium Shah Alam pada 29 Sept ini.

Sultan Sharafuddin Idris Shah menerima tajaan di majlis yang diadakan di Istana Alam Shah di sini.

Yang turut menyumbang tajaan ialah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sebanyak RM200,000, Permodalan Negeri Selangor Berhad (RM100,000) B&G Capital Resources Berhad (RM100,000), SP Setia Berhad (RM50,000), Splash Sdn Bhd (RM50,000) dan Taliworks Corporation Berhad (RM50,000).

 Kejohanan antara pasukan pilihan Selangor dan Singapura ini akan berlangsung pada pukul 9 malam, didahului dengan perlawanan antara veteran kedua-dua pasukan pada 8 malam.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Team Selangor - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger